
Bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak yang tidak dapat atau agak lambat melakukan aktiviti ini yang dikenali dengan istilah slow dresser. Keadaan ini kadangkala boleh menimbulkan masalah kepada kanak-kanak tersebut dan juga kepada penjaganya.

Bagaimana melatih memakai pakaian sendiri?
- Beri pujian dan galakan. Berikan pujian kepada kanak-kanak tersebut setiap kali dia dapat atau cuba memakai sendiri pakaiannya. Pujian yang diberikan pula mestilah khusus kepada tingkahlaku yang ditunjukkan. Misalnya, apabila kanak-kanak tersebut telah dapat memakai seluar dengan betul, katakan kepadanya “adik dah pakai seluar sendiri. Pandai adik!”. Memberi pujian akan dapat memotivasikan kanak-kanak tersebut.
- Sentiasa menunjukkan cara-cara berpakaian dengan betul. Biasanya melalui pemerhatian. Minta kanak-kanak tersebut memerhatikan cara kanak-kanak lain memakai pakaian seperti stoking, seluar atau baju.
- Beri masa yang secukupnya kepada kanak-kanak tersebut untuk memakai baju atau seluar. Jangan mendesak atau memaksa kanak-kanak tersebut supaya cepat berpakaian.

- Sediakan baju atau seluar kepada kanak-kanak.
- Berikan pakaian yang mudah untuk dipakai. Misalnya, pakaian yang tidak memerlukan zip atau butang.
- Sediakan pakaian yang boleh menarik minat kanak-kanak tersebut. Bagi kanak-kanak lelaki misalnya, mereka lebih gemar t-shirt yang mempunyai gambar kartun seperti superman atau spiderman.
- Jangan mengkritik apabila kanak-kanak tersebut membuat kesalahan semasa dia memakai baju atau seluar. Kanak-kanak akan kecewa apabila dikritik atau diejek dan keadaan ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut tidak mahu mencuba memakai baju lagi.
- Beri latihan cara-cara berpakaian yang betul apabila ada masa atau waktu terluang.
( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku
Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)
Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)
1 ulasan:
baik...
Catat Ulasan