Ahad, 30 Januari 2011

Latihan Ke Tandas

Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Kesediaan untuk ke tandas bergantung kepada kesediaan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut.

Memakai Pakaian Sendiri.


Menjelang usia dua tahun, kanak-kanak telah mula menunjukkan minat dan kebolehan untuk memakai pakaian sendiri. Pada peringkat ini mereka telah boleh melakukan aktiviti mudah seperti memakai stoking atau kasut tanpa bantuan orang lain. Mejelang usia 5 tahun, kanak-kanak biasanya telah boleh memakai pakaian dengan sempurna kecuali mengikat tali.
Bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak yang tidak dapat atau agak lambat melakukan aktiviti ini yang dikenali dengan istilah slow dresser. Keadaan ini kadangkala boleh menimbulkan masalah kepada kanak-kanak tersebut dan juga kepada penjaganya.

Kebimbangan Terhadap Perpisahan.

Separation anxiety adalah perasaan tertekan atau perasaan bimbang yang dialami oleh kanak-kanak apabila dipisahkan daripada penjaga terutamanya ibubapa.
Perasaan ini mula wujud dalam diri kanak-kanak apabila berumur dalam lingkungan enam bulan dan ke atas. Situasi ini berlaku kerana pada tahap ini kanak-kanak telah mula membentuk atau menjalinkan hubungan yang rapat dengan penjaganya, dan hubungan yang rapat akan menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa cukup tertekan apabila dipisahkan dengan penjaga utamanya.
Separation anxiety adalah satu situasi yang normal yan berlaku pada kanak-kanak apabila dipisahkan daripada ibubapa atau penjaganya terutamanya bagi satu tempoh jangka masa yang agak lama.

Jumaat, 28 Januari 2011

Perasaan takut


Kebanyakkan kanak-kanak akan mempunyai perasaan takut terutamnya pada peringkat awal kehidupannya. Perasaan takut adalah sebahagian daripada proses perkembangan normal manusia. Perasaan takut akan menyebabkan manusia peka pada situasi-situasi yang berbahaya. Contohnya, kebanyakkan ibu bapa mahu anak mereka mempunyai perasaan takut anjing yang garang atau takut bermain di tepi sungai. Bagaimanapun perasaan takut yang keterlaluan dan perasaan takut pasa semua situasi akan menimbulakn masalah dalam kehidupan manusia. Perasaan takut pada kanak-kanak jika dibiarkan berterusan akan member kesan negative kepada kehidupan kanak-kanak tersebut sehingga dia dewasa.

Intervensi

Beri masa kepada kanak-kanak tersebut untuk menghilangkan perasaan malu secara perlahan-lahan. Ajarkan kepada anak-anak tersebut untuk menghilangkan perasaan malu secara berperingkat-peringkat.

Rabu, 26 Januari 2011

Perasaan malu



Malu dan kesan kepada kanak-kanak
Malu boleh didefiniikan sebagai menunjukkan persaan takut atau menarik diri daripda situasi social samada semasa berda di rumah atau berada di sekolah.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya perasaan malu di kalangan kanak-kanak. Masalah malu di kalangan kanak akan mula dapat dilihat terutamanya apabila umur kanak-kanak tersebut mencecah tiga tahun.
Persaan malu sekiranya tidak diberi perhatian oleh ibubapa, penjaga atau pendidik akan menjejaskan kehidupan masa depan kanak-kanak. Misalnya mereka akan mengalami malasah dalam pembentukan self-esteem yang positif dan kurang keyakinan diri. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar mndapat kawan dan akan menjadi terasing.

Esteem diri

Estem diri atau self-esteem boleh didefinisikan sebagai bagaimana orang tersebut melihat dirinya sendiri. Wujudnya esteem diri dalam kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.