Perkembangan janin amat penting sehingga menjadi bayi dalam rahim ibu. Ia dapat membantu para ibu berkaitan dengan proses pembentukan janin sehingg menjadi bayi.
Minggu Perkembangan Janin
Minggu 4-8 => Organ-organ lain mula terbentuk, antaranya tulang muka, mata dan warnanya, jari kaki dan tangan juga mula kelihatan. Pada minggu ke enam jantung mula berdenyut.
Minggu 8-12 => Organ utama bayi telah terbentuk. Saiz kepala bayi adalah lebih besar untuk menampung saiz pembesaran otak. Bentuk hidung, dagu dan kelopak mata telah sempurna. Bayi anda akan mula menendang secara lembut.
Minggu 12-16 => Dengan menggunakan ultrasound bunyi jantung boleh didengar. Pada masa ini juga saluran penafasannya telah terbentuk. Bayi anda boleh menyatakan perasaannya dengan mimik mukanya. Bulu mata, bulu kening serta rambut mula tumbuh. Bayi anda boleh memusingkan kepalanya dan membuka mulutnya.
Minggu 16-20 => Bayi anda berupaya bertindak-balas dengan suara anda. Bayi anda juga boleh menghisap ibu jarinya. Deria rasanya juga telah berkembang dan mampu membezakan rasa pahit dan manis. Cap jarinya sedang terbentuk dan disaluti dengan bulu-bulu halus yang dikenali sebagai "lanugo"
Minggu 20-24 => Badan bayi masih kurus, tapi saiz kepala dan badan telah seimbang. Tulang-tulangnya mula mengeras. Kemaluannya telah terbentuk. Bayi anda telah mula mepelihatkan motion pernafasan. Bayi anda telah mempunyai paten tidurnya tersendiri.
Minggu 24-28 => Bayi anda mula sensitif dengan bunyi dipersekitarannya, ia juga dapat mengenali suara anda. Kadar denyutan jantung bayi anda akan meningkat sekiranya ada bercakap. Pada ketika ini juga bayi anda sedang mempersiapkan dirinya untuk dilahirkan. Lemak mula terbina dibawah kulitnya, rambutnya mula tumbuh, kelopak matanya terbuka dan otaknya mula aktif.
Minggu 28-32 => Bayi anda telah sempurna pembentukannya, bayi anda boleh mengelipkan matanya. Pergerakannya semakin berkurangan kerana berat badanya makin bertambah. Kepalanya tertumpu ke bawah. Kerongkongnya belum lagi matang pembentukannya namun ia mempunyai peratusan yang tinggi untuk selamat jika dilahirkan diwaktu ini.
Minggu 36 => Bayi anda bersedia untuk dilahirkan, bayi anda melakukan latihan penafasan, mengulum dan menelan. Bulu-bulu lembut pada badannya mulai hilang. Dan kedudukan kepala bayi adalah pada pelvis.
0 ulasan:
Catat Ulasan