Ahad, 30 Januari 2011

Memakai Pakaian Sendiri.


Menjelang usia dua tahun, kanak-kanak telah mula menunjukkan minat dan kebolehan untuk memakai pakaian sendiri. Pada peringkat ini mereka telah boleh melakukan aktiviti mudah seperti memakai stoking atau kasut tanpa bantuan orang lain. Mejelang usia 5 tahun, kanak-kanak biasanya telah boleh memakai pakaian dengan sempurna kecuali mengikat tali.
Bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak yang tidak dapat atau agak lambat melakukan aktiviti ini yang dikenali dengan istilah slow dresser. Keadaan ini kadangkala boleh menimbulkan masalah kepada kanak-kanak tersebut dan juga kepada penjaganya.


Bagaimana melatih memakai pakaian sendiri?
  • Beri pujian dan galakan. Berikan pujian kepada kanak-kanak tersebut setiap kali dia dapat atau cuba memakai sendiri pakaiannya. Pujian yang diberikan pula mestilah khusus kepada tingkahlaku yang ditunjukkan. Misalnya, apabila kanak-kanak tersebut telah dapat memakai seluar dengan betul, katakan kepadanya “adik dah pakai seluar sendiri. Pandai adik!”. Memberi pujian akan dapat memotivasikan kanak-kanak tersebut.
  • Sentiasa menunjukkan cara-cara berpakaian dengan betul. Biasanya melalui pemerhatian. Minta kanak-kanak tersebut memerhatikan cara kanak-kanak lain memakai pakaian seperti stoking, seluar atau baju.
  • Beri masa yang secukupnya kepada kanak-kanak tersebut untuk memakai baju atau seluar. Jangan mendesak atau memaksa kanak-kanak tersebut supaya cepat berpakaian.
  • Sediakan baju atau seluar kepada kanak-kanak.
  • Berikan pakaian yang mudah untuk dipakai. Misalnya, pakaian yang tidak memerlukan zip atau butang.
  • Sediakan pakaian yang boleh menarik minat kanak-kanak tersebut. Bagi kanak-kanak lelaki misalnya, mereka lebih gemar t-shirt yang mempunyai gambar kartun seperti superman atau spiderman.
  • Jangan mengkritik apabila kanak-kanak tersebut membuat kesalahan semasa dia memakai baju atau seluar. Kanak-kanak akan kecewa apabila dikritik atau diejek dan keadaan ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut tidak mahu mencuba memakai baju lagi.
  • Beri latihan cara-cara berpakaian yang betul apabila ada masa atau waktu terluang.
  • Minta kanak-kanak tersebut memakai baju dan seluar dengan lengkap sebelum membenarkan kanak-kanak tersebut melakukan lain-lain aktiviti.
( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku   
                            Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)


1 ulasan:

nazimah berkata...

baik...

Catat Ulasan