
Tanda-tanda wujudnya perasaan takut di kalangan kanak-kanak.
- Sebahagian besar kanak-kanak tidak dapat mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan mereka menjadi takut. Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa wujudnya perasaan takut di kalangan kanak-kanak.
- Sukar memberi tumpuan. Contohnya,kanak-kanak yang mempunyai masalah takut akan mempunyai masalah untuk menyiapkan kerja sekolah atau sukar untuk memberi tumpuan apa yang diajar oleh guru.

- Perubahan dalam melakukan aktivtiti yang normal. Mereka mungkin akan menjadi terlalu aktif, hiperaktif atau menjadi terlalu lemah.
- Perubahan dalam tabiat makan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah takut ini akan kurang selera makan atau tidak mahu makan langsung.
- Regrasi. Kanak-kanak ini menunjukkan tingkah laku di luar dari kebiasaan. Contohnya, mula kencing malam atau kembali menggigit jari.
- Berlakunya perubahan dalam tabiat tidur. Kanak-kanak yang mempunyai masalah takut ini akan mengalami masalah sukar untuk tidur dan tidurnya kerap terganggu. Mereka juga akan sering mengalami mimpi ngeri.

- Apa yang boleh dilakukan bagi membantu kanak-kanak ini?
- Melatih anak menyelesaikan masalah dengan baik tanpa perlu bergantung pada orang lain kecuali jika betul betul tidak berkemampuan.
- Jangan menggunakan kekerasan bagi mengatasi perasaan takut pada kanak-kanak. Bagaiman ibubapa atau pendidik respon kepada perasaan takut kanak-kanak tersebut akan menentukan samaada perasaan takut itu akan berterusan tau dapat diatasi. Cuba fahami kenapa wujudnya perasaan takut dan cuba beri sokongan kepada kanak-kanak tersebut.
- Beritahu kepada kanak-kanak tersebut bahawa tidak salah untuk mempunyai perasaan takut. Jelaskan kepada mereka bahawa orang dewasa juga mempunyai perasaan takut dalam keadaan tertentu. Pada masa yang sama beritahu kanak-akank tersebut bahawa terdapat cara-cara tertentu yang boleh diamabil bagi mengatasi perasaan takut.
- Galakkan kanak-kanak maluahkan perasaannya. Galakkan kanak-kanak terebut untuk bercakap atau bercerita tentang perasaan takut yang dialaminya. Sebagai orang yang lebih dewasa, tunjukkan kesediaan untuk mendengar kepada mereka.
- Ajar kanak-kanak tersebut untuk bercakap hal-hal yang positif tentang dirinya. Contohnya “saya tidak takut”, “tidak apa-apa di ini yang boleh mencederakan saya”
- Elakkan melakukan aktiviti yang boleh menakutkan kanak-kanak tersebut. Contohnya, elakkan daripada menonton cerita seram atau membacakan buku cerita yang seram kepada mereka.
- Jangan terlalu mengawal pergerakkan anak-anak. Sepatutnya kanak-kanak perlu dibiarkan bersendirian pada sesetengah keadaan untuk derianya secara sendiri tanpa bantuan sesiapa. Birakan dia melompat, bermain, memanjat selagi tidak membahayakan dirinya sendiri.

- Berikan pujian atau anjaran apabila kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku tidak takut yang diingini. Beri pujian apabila anak anda cuba melakukan sesuatu perkara yang baru atau bila dia menunjukkan sikap bertanggungjawab dan berdikari.
- Mengajar kemahiran relaksasi: kemahiran relaksasi akan dapat mengurangkan perasaan tertekan kerana takut. Terdapat berbagai teknik relaksasi yang boleh digunakan untuk diajarkan kepada kanak-kanak. Antaranya ialah melatih kanak-kanak menggunakan imaginasinya supaya berfikir secara positif. Contohnya, membayangkan situasi bermain ditepi pantai atau di kolam renang dan sebagainya.
- Libatkan kanak-kanak tersebut dalam pelbagai aktiviti atau permainan.
- Minta bantuan nasihat dari orang yang lebih professional jika perasaan takut tersebut berterusan.
( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku
Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)
Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)
0 ulasan:
Catat Ulasan