Rabu, 26 Januari 2011

Esteem diri

Estem diri atau self-esteem boleh didefinisikan sebagai bagaimana orang tersebut melihat dirinya sendiri. Wujudnya esteem diri dalam kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.
  • Beberapa fakta tentang esteem diri yang perlu diketahui oleh ibubapa/penjaga/pendidik
  • Kanak-kanak mula membentuk kepercayaan tentang diri sendiri seawal usia mereka lagi.
  • Kanak-kanak melihat kepada perbuatan atau tingkahlaku ibubapa atau orang-orang yang hampirdi sekeliling sebagai bukti bahawa dirinya disayangi.
  • Esteem diri mempunyai kaitan dengan kejayaan dan kegagalan pelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai esteem diri yang tinggi iaitu percaya bahawa dia mempunyai kebolehan biasanya yang akan menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai esteem diri yang rendah.
  • Gaya asuhan ibubapa/penjaga akan mempengaruhi esteem diri kanak-kanak.

  • Esteem diri mempunyai daya kerativiti kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai estem diri yang rendah akan kurang melibatkan diri dengan aktivti yang berisiko berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai esteem diri yang tinggi.






Paduan bagi meningkatkan esteem diri kanak-kanak.
Berikut cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pementukan esteem diri yang positif di kalangan kanak-kanak.
  • Memberikan pujian kepda anak-anak. Pujian yang diberi pula hendaklah khusus, iaitu khusus kepada tingkahlaku yang ditunjukkan.
  • Berikan kasih sayang dan perhatian kepada kanak-kanak samada bentuk fizikal atau memlaui perkataan. Contohnya memeluk, mencium, menepuk belakang, menggosokkan kepala dan sebagainya.
  • Jangan biarkan kanak-kanak mengkritik diri mereka sendiri.
  • Luangkan masa untuk melakukan aktiviti dengan anak-anak.
  • Ajar kanak-kanak untuk bercakap hal-hal yang positif tentang diri sendiri.


  • Perkataan-perkataan yang boleh diucapkan kepada kanak-kanak bagi membantu pembentukan esteem diri yang positif.









0 ulasan:

Catat Ulasan