Rabu, 26 Januari 2011

Perasaan malu



Malu dan kesan kepada kanak-kanak
Malu boleh didefiniikan sebagai menunjukkan persaan takut atau menarik diri daripda situasi social samada semasa berda di rumah atau berada di sekolah.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya perasaan malu di kalangan kanak-kanak. Masalah malu di kalangan kanak akan mula dapat dilihat terutamanya apabila umur kanak-kanak tersebut mencecah tiga tahun.
Persaan malu sekiranya tidak diberi perhatian oleh ibubapa, penjaga atau pendidik akan menjejaskan kehidupan masa depan kanak-kanak. Misalnya mereka akan mengalami malasah dalam pembentukan self-esteem yang positif dan kurang keyakinan diri. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar mndapat kawan dan akan menjadi terasing.


Faktor-faktor yang mendorong kanak-kanak menjadi pemalu           
  • Faktor baka iaitu mewarisi sifat ibubapa.
  • Asuhan atau didikan yang tidak konsisten yang diterima daripada ibubapa/penjaga.
  • Terlalu banyak kritikan atau ugutan yang diterima daripada ahli keluarga, penjaga  atau guru.
  • Kurang perhatian daripada ibubapa/penjaga.
  • Kurang pendedahan kepada situasi sosial.
  • Ibubapa/penjaga yang terlalu mengawal pergerakan/tingkahlaku anak-anak.

Kesan negatif sikap malu
  • Sukar untuk berkawan dan mengekalkan persahabatan.
  • Sukar untuk menjadi asertif menyebabkan mudah dibuli oleh orang lain.
  • Diasingkan oleh rakan-rakan.
  • Sukar menguasai kemahiran komunikasi.
  • Sukar menyatakan emosi kepada orang lain.
( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku 
                            Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)



( sumber  http://www.youtube.com/watch?v=nNPktqRaakc&feature=player_embedded )

0 ulasan:

Catat Ulasan