Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan 3 faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial
Salah satu elemen penting dalam peringkat teori perkembangan erikson ialah perkembangan identiti ego. Identiti ego ialah kesedaran diri yang dikembang melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego individu biasanya berubah selaras dengan pengalaman dan maklumat baru yang diperoleh hasil daripada interaksi dengan orang lain. Tambahan kepada identiti ego, Erikson juga percaya bahawa perasaan yakin kepada kemahiran dan kecekapan diri juga memotivasikan sikap dan tindakan seseorang.
Setiap peringkat dalam teori Erikson menitikberatkan perkembangan kemahiran yang sesuai pada sesuatu tahap atau bahagiam dalam kehidupan. Jika sesuatu peringkat dikawal dengan baik individu tersebut mempunyai masteri (sense of mastery) . Sebaliknya jika sesuatu peringkat gagal diurus dengan baik, individu tersebut akan mempunyai perasaan ketidakcukupan. Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada tahap sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan