Ahad, 23 Januari 2011

Tahap-Tahap Perkembangan Psikososial Erikson.

Terdapat 8 jenis dalam tahap-tahap perkembangan psikososial Erikson. Antaranya ialah psikososial tahap 1- percaya lawan tidak percaya, psikososial tahap 2 – autunomi lawan rasa malu/sangsi,psikososial tahap 3 – inisiatiflawan rasa bersalah, psikososial tahap 4 – industry lawan rasa rendah diri, psikososial tahap 5 – identity lawan kekeliruan, psikososial tahap 6- kemesraan atau pengasingan diri, psikososial tahap 7 – generativiti lawan pemusatan dan psikososial tahap 8 – kesepaduan lawan putus asa.



Psikososial tahap 1- percaya lawan tidak percaya          
  • ·         Tahap pertama teori perkembangan psikososial Erikson adalah di antara waktu kelahiran sehingga berusia 1 tahun. Ia adalah tahap pertama di dalam kehidupan.
  • ·         Oleh kerana bayi sepenuhnya bergantung pada orang lain, perkembangan rasa percaya yang dibentuk olehnya adalah berasaskan kepda kepercyaan dan kualiti penjaga kepda bayi tersebut.
  • ·         Oleh kerana bayi sepenuhnya bergantung pada orang lain, perkembangan rasa percaya yang dibentuk olehnya adalah berasaskan kepada keupayaan dan kualiti penjaga kepada bayi tersebut.
  • ·         Apabila seorang bayi berjaya membangunkan perasaan percaya, dia akan rasa selamat dan dilindungi di dalam dunia ini. Penjagaan yang tidak stabil, emosi terganggu dan rasa terasing yang akan menyebabkan bayi yang dijaga mempunyai perasaan tidak percaya pada persekitarannya. Kegagalan mengembangkan rasa percaya akan melahirkan perasaan takut dan yakin bahwa dunia ini tidak tenteram dan tidak dapat diramal dan dipercyai.
Psikososial tahap 2 – autunomi lawan rasa malu/sangsi
  • ·         Tahap kedua teori perkembangan psikososial Erikson adalah di sepanjang peringkat awal kanak-kanak dan ia tertumpu pada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.
  • ·         Sama seperti Freud, Erikson juga percaya latihan ke tandas merupakan bahagian penting dalam proses ini. Namun alasan yang diberikan oleh Erikson adalah berbeza dengan Freud. Erikson percaya bahawa pembelajaran untuk mengawal fungsi tubuh seseorang akan membawa kepada tindak balas terkawal dan kemahuan untuk berdikari
  • ·         Kaedah lain yang penting termasuk memberi lebih banyak peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan, permaianan dan pakaian.
  • ·         Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap ini akan rasa selamat dan yakin, sementara mereka yang gagal akan mempunyai perasaan ketidakcukupan dan rasa sangsi.
Psikososial tahap 3 – inisiatif lawan rasa bersalah
  • ·         Kanak-kanak pada tahap ini mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitaran. Mereka cuba mengambil banyak inisiatif untuk melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka.
  • ·         Namun jika ibu bapa mengkritik atau menggunakan dendaan atau kekerasan terhadap tingkah laku mereka, ini akan menyebabkan kanak-kanak tadi mempunyai perasaan bersalah pada diri dan tidak berinsiatif atau takut untuk melakukan sesuatu aktiviti.
Psikososial tahap 4 – industri lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)
  • ·         Pada tahap ini kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan
  • ·         Pada tahap ini kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Tahap pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit dan mula berfikiran logik. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh minat, yakin dan tekun.
  • ·         Tanpa bimbingan dan galakan daripda ibu bapa, guru dan rakan sebaya akan menyukarkan keupayaan, keyakian dan kebolehan kanak-kanak tersebut untuk berjaya.

Psikososial tahap 5 – identiti lawan kekeliruan (12-20 tahun)
  • ·         Pada tahap ini, remeja sama ada remaja awal atau reamaja akahir akan berusaha mencari identiti dan persepsi terhadap dunia mereka sendiri.
  • ·         Remaja yang mempunyai identitinya akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan dan rasa terselamat. Sebaliknya remaja yang gagal akan memperkembangkan rasa keliruan peranan, hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar membuat keputusan.
Psikososial tahap 6- kemesraan atau pengasingan diri (20 -40 tahun)
  • ·         Mula mencari kenalan atau cinta
  • ·         Membentuk corak perhubungan
  • ·         Memerlukan perhubungan bermakna dan kemesraan. Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan mendirikan rumah tangga. Dengan kata lain iaitu membolehkan orang dewasa akan berkongsi hidup bersama serta mencapai kemesraan atau kerapatan. Sebaliknya, orang yang masih bujang atau belum berkahwin akan merasa putus asa atau hidup dalam kekecewaan.
Psikososial tahap 7 – generativiti lawan pemusatan (40-65 tahun)
  • ·         Generativiti merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan atau perkhidmatan kepada generasi akan datang. Seseorang dewasa akan berpuas hati jika dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat. Sebaliknya, individu yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah memberi apa-apa bantuan kepada orang lain akan berasa kecewa dan kurang berpuas hati dengan hidupnya. Sebagai akibatnya, proses pemusatan kendiri akan berlaku pada individu tersebut.
Psikososial tahap 8 – kesepaduan lawan putus asa (65 tahun ke atas)
  • ·         Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan melekukan refleksi kendiri. Dia akan mengingat kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada peringkat awal. Jika seseorang berpuas hati dengan pencapaiannya pada peringkat awal, dia akan mencapai rasa kesepaduan. Jika sebaliknya, dia akan merasakan kegagalan dan hidup dalam berputus asa.
Sumber : Lahey, B.B (2001). Psychology: An introduction. (7th ed.). Boston:McGraw HillCo.
              Ramlah Jantan danMahani razali (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan kontempori.   
                           Kuala  Lumpur : McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.
             
( sumber : http://www.youtube.com/watch?v=evJ8dQP-03I&feature=player_embedded )

0 ulasan:

Catat Ulasan