Ahad, 30 Januari 2011

Latihan Ke Tandas

Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Kesediaan untuk ke tandas bergantung kepada kesediaan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut.

Bila kanak-kanak mula boleh dilatih ke tandas?

Kebanyakkan kanak-kanak mula menunjukkan kesediaan untuk memulakan latihan ke tandas dalam lingkungan umur antara 24-30 bulan. Bagaimanapun, kesediaan untuk memulakan latihan ke tandas ini berbeza antara 24-30 bulan. Bagaimanapun, kesediaan untuk memulakan latihan ke tandas ini berbeza antara kanak-kanak dan amat bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut. Secara umumnya, apabila usia kanak-kanak tersebut telah menghampiri 30 bulan, kesediaan untuk ke tandas telah mula jelas kelihatan. Sebelum menjelang usia 24 bulan, sebahagian besar kanak-kanak secara fizikalnya belum mempunyai kebolehan mengawal pembuangan air besar dan air kecil. Mereka juga secara umumnya belum mnegenali fungsi badan masing-masing. Kanak-kanak pada tahp ini akan menunjukkan sikap memprotes sekiranya terlalu awal diberi latihan ke tandas.

Tanda-tanda kanak-kanak sudah bersedia untuk dilatih ke tandas.
Tanda-tanda kesediaan ini secara umumnya akan mula kelihatan selepas kanak-kanak tersebut berusia 18 bulan dan semakin jelas apabila umur kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan 24-30 bulan.

Kesediaan fizikal
Tanda-tanda fizikal adalah petunjuk bahawa badan kanak-kanak telah mula boleh mengawal pembuangan najis. 
  • Kekal kering selepas beberapa jam. Contohnya, lampin pakai buang kanak-kanak tersebut kekal kering selepas kanak-kanak tersebut terjaga daripada tidur.
  • Mula kencing dalam kuantiti yang banyak.
  • Pembuangan najis yang teratur. Misalnya, membuang najis pada waktu pagi atau setiap kali selepas makan.
  • Dapat memberitahu atau menunjukkan tanda-tanda tertentu bila ingin membuang najis besar atau najis kecil. Contohnya merengek, muka menjadi merah atau berhenti bermain apabila ingin membuang najis besar atau najis kecil. 

Kesediaan emosi
Berikut adalah petunjuk bahawa kanak-kanak telah bersedia dari segi emosi untuk memulakan latihan ke tandas:
  • Bagi kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa.mula menunjukkan miant untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin pakai buang.
  • Mahu bersendirian apabila ingin membuang  najis.
  • Kesediaan umum kanak-kanak untuk memulakan latihan ke tandas.
 
Berikut adalah faktor-faktor kesediaan yang perlu diberi perhatian sebelum guru atau ibubapa melakukan latihan ke tandas kepada kanak-kanak.
  • Mula dapat mengikut arahan-arahan yang mudah yang diberikan oleh penjaga atau ibubapa.
  • Sudah boleh berjalan dengan baik. Kebolehan berjalan amat penting kerana kanak-kanak mesti boleh berjalan untuk ke tandas apabila mereka ingin membuang air besar atau air kecil.
  • Boleh menanggalkan sendiri pakaian /seluar. Seeloknya kanak-kanak pada tahap ini diberi pakaian yang mudah untuk ditanggalkan dan dipakai semula.
  • Faham bahawa selepas pembuangan  najis berlaku mereka mesti membersihkan anggota badan tersebut.
  • Boleh membuatkan orang lain menyedari bahawa “dia” ingin ke tandas. Kebolehan membuatkan orang lain memahami bahawa dia hendak ke tandas ini boleh dilihat samada melalui perkataan yang diucapkan atau melalui perlakuan.
  • Boleh duduk diam seketika, iaitu semasa membuang air besar atau air kecil.
    ( sumber : http://www.youtube.com/watch?v=TR24M6wuF-c&feature=player_embedded )
    Memulakan latihan ke tandas
    Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibubapa/penjaga apabila mereka ingin memulakan latihan ke tandas kepada kanak-kanak.
    • Membaca buku atau bercerita kepada kanak-kanak tersebut kenapa mereka perlu ke tandas.
    • Melihat kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka membuang air besar atau air kecil di tandas.
    • Sediakan tandas atau “potty chair” yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak. Sekiranya “potty chair” disediakan, biarkan kanak-kanak tersebut menentukan sendiri corak atau warna “potty chair” tersebut.
    • Tentukan “bahasa” yang akan digunakan untuk ke tandas dan kekalkan penggunaan bahasa ini.
    • Pastikan kanak-kanak tersebut dapat membezakan antara mahu membuang air besar atau mahu membuang air kecil.
    • Sentiasa memberi galakan dan pujian kepada kanak-kanak selepas mereka berjaya melakukan latihan ke tandas.
    • Jangan sesekali menghukum atau mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan semasa latihan ke tandas.
    • Ajari kanak-kanak tersebut tentang kepentingan menjaga kebersihan semasa dan selepas latihan ke tandas seperti membasuh anggota badan atau membasuh tangan.
    • Beri ganjaran kepada kanak-kanak tersebut kerana tingkahlaku positif yang telah ditunjukkannya.
    ( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku    
                                Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)


    ( sumber : http://www.youtube.com/watch?v=IxaOsKu9oBE&feature=player_embedded# )

    1 ulasan:

    Unknown berkata...

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    Catat Ulasan