Jumaat, 28 Januari 2011

Intervensi

Beri masa kepada kanak-kanak tersebut untuk menghilangkan perasaan malu secara perlahan-lahan. Ajarkan kepada anak-anak tersebut untuk menghilangkan perasaan malu secara berperingkat-peringkat.



  • Jangan mendesak atau bertindak keterlaluan ke atas kanak-kanak tersebut dengan terlalu memberi perhatian atau memberi hukuman untuk menghilangkan perasaan malu.
  • Jangan mengejek atau membiarkan kanak-kanak lain mengejek kanak-kanak tersebut.
  • Jangan biarkan kanak-kanak tersebut mengasingkan dirinya. Misalnya, bermain bersendirian atau membiarkan kanak-kanak tersebut bersendirian dalam tempoh masa yang agak lama.
  • Jangan menjawab atau bercakap bagi pihak kanak-kanak tersebut.
  • Beri banyak pilihan kepada kanak-kanak tersebut.
  • Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah kepada kanak-kanak.
  • Desensitize shyness. Melalui kaedah ini ibubapa/pendidik perlu mengambil langkah demi langkah bagi menghilangkan perasaan malu kanak-kanak tersebut. Langkah ini perlu dilakukan secara berhati-hati dan berterusan.
  • Menggalakkan dan mengajar kanak-kanak supaya mempunyai sikap bertanggungjawab dan berdikari. Sikap bertanggungjawab akan menggalakkan wujudnya rasa yakin dalam diri kanak-kanak tersebut.
  • Menunujukkan tingkahlaku non-shy behaviors melalui main peranan. Misalnya, ibubapa/pendidik boleh memainkan peranan sebagai rakan sepermainan atau rakan sekelas. Ini dapat membantu kanak-kanak berhadapan dengan situasi sebenar dalam kehidupan.
  • Beri ganjaran apabila kanak-kanak tersebut menunjukkan tingkahlaku yang dingin. Contohnya, beri pujian apabila dia bersalam atau memberi salam apabila bertemu dengan orang yang baru dikenalinya.

  • Galakkan kanak-kanak tersebut bercakap perkara-perkara yang positif tentang dirinya. Misalnya,“saya suka bercakap dengan orang lain”,”saya tidak malu”.
  • Dedahkan kanak-kanak tersebut kepda orang dan situasi sosial yang berbeza.
( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku  
                            Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)


0 ulasan:

Catat Ulasan