Ahad, 30 Januari 2011

Kebimbangan Terhadap Perpisahan.

Separation anxiety adalah perasaan tertekan atau perasaan bimbang yang dialami oleh kanak-kanak apabila dipisahkan daripada penjaga terutamanya ibubapa.
Perasaan ini mula wujud dalam diri kanak-kanak apabila berumur dalam lingkungan enam bulan dan ke atas. Situasi ini berlaku kerana pada tahap ini kanak-kanak telah mula membentuk atau menjalinkan hubungan yang rapat dengan penjaganya, dan hubungan yang rapat akan menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa cukup tertekan apabila dipisahkan dengan penjaga utamanya.
Separation anxiety adalah satu situasi yang normal yan berlaku pada kanak-kanak apabila dipisahkan daripada ibubapa atau penjaganya terutamanya bagi satu tempoh jangka masa yang agak lama.

Cara mengatasi separation anxiety di kalangan kanak-kanak
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan separation anxiety pada kanak-kanak termasuk:
  • Beritahu kepada kanak-kanak tersebut bahawa dia akan ditinggalkan oleh ibubapanya. Jangan sesekali menipu kanak-kanak tersebut.
  • Gunakan perkataan tertentu semasa dia akan ditinggalkan oleh ibubapa. Contohnya “ assalamualaikum” atau “bye-bye”. Gunakan perkataan yang sama setiap kali akan ditinggalkan oleh ibubapanya.
  • Beritahu kepada kanak-kanak tersebut bila dia akan diambil semula oleh ibubapanya. Contohnya pada kanak-kanak yang masih kecil, katakana kepadanya bahawa “ibu akan datang selepas adik tidur” atau “ibu akan datang semula selepas kerja”.
  • Beri keyakinan pada kanak-kanak tersebut. Ini boleh dilakukan dengan cara memberi kasih sayang kepada kanak-kanak samada secara sentuhan atau melalui kata-kata.
  •  Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa selamat apabila berada bersama-sama dengan pendidik atau penjaga yang baru.
  • Beri latihan “perpisahan” kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya pendidik boleh cuba meninggalkan kanak-kanak tersebut sendirian untuk beberapa saat atau minit dan kemudian dating semula kepadanya. Keadaan ini akan membantu kanak-kanak tersebut belajar erti perpisahan.
  • Bermain paek-a-boo dengan kanak-kanak tersebut. Bermain paek-a-boo adalah satu cara terbaik untuk melatih kanak-kanak belajar menghadapi perpisahan dengan kehidupannya.
  • Jangan menghukum kanak-kanak tersebut. Jangan sesekali menghukum atau mengejek kanak-kanak yang mengalami masalah separation anxiety. Elakkan juga daripada membebel kanak-kanak tersebut dengan panggilan seperti “manja”, “anak emak”, “bayi” dan sebagainya.
( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku  
                            Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)



( sumber : http://www.youtube.com/watch?v=XE4lIPE2tXY&feature=player_embedded )

1 ulasan:

Nanie Khairani berkata...

Good Article... Thanks for sharing.. :)

Catat Ulasan