Peringkat awal bayi 0-3 bulan
Kebolehan emosi
- Mula memandang ke arah wajah ibu bapa /penjaga
- Menunjukkan reaksi apabila mendengar suara.
- Menangis, senyum dan sudah mula mengeluarkan.
- Menunjukkan rasa selesa apabila diangkat atau dipeluk
Aktiviti cadangan
- Ibu bapa/penjaga dicadangkan kerap memeluk bayi kerana keadaan akan dapat menimbulkan rasa selesa dan selamat pada bayi dan secara tidak langsung akan membantu perkembangan emosi yang sihat.
- Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang.
- Menyentuh bayi dengan lembut dan membuat urutan pada badan bayi.
Peringkat umur 3-6 bulan
Kebolehan emosi
- Suka tersenyum dan mudah ketawa apabila diagah.
- Menangis apabila rasa sedih dan mula mencari perhatian.
- Boleh dan mudah dipujuk/belai.
- Menunjukkan rasa suka melalui pergerakan tangan dan kaki.
Aktivti cadangan
- Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang.
- Respon kepada bunyi yang dikeluarkan oleh bayi dan bercakap-cakap dengan bayi.
- Mengangkat atau memeluk bayi yang menangis dan memberikan sentuhan yang lembut pada bayi. Jika tangisan berlarutan, cuba tepuk dan usap belakangnya.
- Bayi akan menunjukkan reaksi apabila ditunjukkan wajahnya di hapadan cermin.
Peringkat umur 6-9 bulan
Kebolehan emosi
- Gembira apabila dapat bermain.
- Mula menunjukkan respon apabila namanya dipanggil.
- Menunjukkan rasa tidak selesa dan ragu-ragu terhadap orang yang tidak dikenali.
- Menunjukkan rasa sedih apabila berjauhan dengan ibu bapa/penjaga.
Aktivti cadangan
- Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya. Pada masa inilah, bayi akan suka memegang barang mainan seperti anak patung dan bola yang lembut.
- Berikan barang mainan yang berbunyi apabila ditekan kerana bayi akan menunjukkan perasaan gembira atau takut apabila mendengar bunyi tersebut.
- Banyakkan bermain dan bercakap dengan bayi pada tahap ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mencium jari bayi dan tangan kedua-dua bayi ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.
Peringkat umur 9 -12 bulan
Kebolehan emosi
- Menunjukkan perasaan dengan cara senyum, menangis dan juga perasaan marah.
- Mempunyai hubungan yang istimewa dengan ibu bapa atau penjaga.
- Meniru gaya orang lain.
- Menunjukan perasaan suka pada buku.
Aktivti cadangan
- Pada tahap ini kanak-kanak gemar mendengar dan melihat buku cerita yang berwarna warni. Apabila membaca buku cerita, anda digalakkan membuat mimik muka bagi menunjukkan perasaan samada sedih, gembira atau terperanjat. Kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami mimik muka anda.
- Berikan bayi permainan yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Sebenarnya pada tahap ini sudah dapat menilai dan membezakan saiz objek walaupun berada pada jarak yang jauh dan telah dapat menggunakan daya ingatan bagi mengaplikasikan mimik muka bagi mewakili emosinya.
Peringkat umur 1-3 tahun.
Kebolehan emosi
- Menunjukkan rasa selamat dan selesa dalam menjalin hubungan.
- Menunjukkan perasaan minat dan ingin mengenali orang lain.
- Mula menunjukkan rasa yakin diri.
- Gembira apabila bermain dengan kanak-kanak yang lain.
Aktiviti cadangan
- Bawa kanak-kanak melawat kawasan persekitaran tempat jagaan.
- Galakkan kanak-kanak pada tahap ini berkongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
- Perkenalkan kepada kanak-kanak lain.
- Dedahkan mereka kepada aktivti seperti menari atau mendengar lagu. Nyanyikan lagu-lagu seperti :
( sumber : http://www.youtube.com/watch?v=t9QSgXVfy84&feature=player_embedded )
Peringkat umur 3-4 tahun
Peringkat umur 3-4 tahun
Kebolehan emosi
- Mula menunjukkan perasaan yakin diri dan tidak bimbang atau takut apabila berdepan dengan situasi baru.
- Mula menunjukkan perasaan suka berkongsi barang atau mainan dengan orang lain.
- Menzahirkan mood melalui ekspresi muka.
- Gembira apabila dapat bermain bersama kawan-kawan.
Cadangan aktiviti
- Sediakan permaianan olok-olok seperti berlagak sebagai doktor atau ayah ibu.
- Galakkan kanak-kanak bermain permainan blok-blok. Permaianan ini akan member hiburan berjam-jam kerana mengambil masa yang lama untuk mereka bentuk apa saja keinginan mereka seperti rumah, kereta dan sebagainya.
- Berikanlah kata-kata pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau senyuman setiap kali kanak-kanak tersebut menunjukkan kebajikan.
- Lakukan aktivti nyanyian dalam pelbagai bahasa dengan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan muah mengikut dan menghafal walaupun tidak memahami. Contoh :
twinkle, twinkle, little star
how i wonder what you are
up above the world so high
like a diamond in the sky
twinkle, twinkle, little star
how i wonder what you are
how i wonder what you are
up above the world so high
like a diamond in the sky
twinkle, twinkle, little star
how i wonder what you are
Sumber : Lahey, B.B (2001). Psychology: An introduction. (7th ed.). Boston:McGraw Hill Co.
Ramlah Jantan danMahani razali (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan kontempori.
Kuala Lumpur : McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.
Santrock, J.W. (2001). Educational psychology. New York : McGraw Hill
Ramlah Jantan danMahani razali (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan kontempori.
Kuala Lumpur : McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.
Santrock, J.W. (2001). Educational psychology. New York : McGraw Hill
( sumber : http://www.youtube.com/watch?v=t9QSgXVfy84&feature=player_embedded )
2 ulasan:
goood info...
follow me back
http://missemmyoe.blogspot.com/
Menarik..saya ada cadangan.. medium pembelajaran anak..
http://www.alhikmah.my/index.php?route=product/product&product_id=77767
http://www.alhikmah.my/
Catat Ulasan