Selasa, 25 Januari 2011

Aktiviti Yang Dapat Membantu Ke Arah Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Yang Positif

Peringkat awal bayi 0-3 bulan
Kebolehan emosi
  • Mula memandang ke arah wajah ibu bapa /penjaga
  • Menunjukkan reaksi apabila mendengar suara.
  • Menangis, senyum dan sudah mula mengeluarkan.
  • Menunjukkan rasa selesa apabila diangkat atau dipeluk

Aktiviti cadangan
  • Ibu bapa/penjaga dicadangkan kerap memeluk bayi kerana keadaan akan dapat menimbulkan rasa selesa dan selamat pada bayi dan secara tidak langsung akan membantu perkembangan  emosi yang sihat.
  • Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang.
  • Menyentuh bayi dengan lembut dan membuat urutan pada badan bayi.

Ahad, 23 Januari 2011

Teori Perkembangan Sosio-Emosi Sigmund Freud


Menurut Freud, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman yang berkait rapat dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan memberikan kesan jangka masa panjang. Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Menurut kajiannya, perkembangan emosi setiap individu boleh dibahgikan kepada 5 peringkat.

Tahap-Tahap Perkembangan Psikososial Erikson.

Terdapat 8 jenis dalam tahap-tahap perkembangan psikososial Erikson. Antaranya ialah psikososial tahap 1- percaya lawan tidak percaya, psikososial tahap 2 – autunomi lawan rasa malu/sangsi,psikososial tahap 3 – inisiatiflawan rasa bersalah, psikososial tahap 4 – industry lawan rasa rendah diri, psikososial tahap 5 – identity lawan kekeliruan, psikososial tahap 6- kemesraan atau pengasingan diri, psikososial tahap 7 – generativiti lawan pemusatan dan psikososial tahap 8 – kesepaduan lawan putus asa.

Teori-Teori Perkembangan Emosi


Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan 3 faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial


Rabu, 19 Januari 2011

Faktor-Faktor Perkembangan Kanak-Kanak

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasakn kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran( nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan individu.



Selasa, 18 Januari 2011

Perkembangan Janin Dari Minggu Ke Minggu.


Perkembangan janin amat penting sehingga menjadi bayi dalam rahim ibu. Ia dapat membantu para ibu berkaitan dengan proses pembentukan janin sehingg menjadi bayi.
Minggu Perkembangan Janin 

Perkembangan Janin

Mukadimah kejadian manusia
Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.